Want your
own Fotopage?







 
KL-melaka wedding photographer , jurugambar perkahwinan KL-Melaka
Image Hosted by ImageShack.us
By: sam rais

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  >  >>]    [Archive]
Thursday, 24-Jul-2008 11:30 Email | Share | | Bookmark
Untuk apa anda membayar jurugambar?

Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda

-Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Care to comment?


Saturday, 19-Jul-2008 16:02 Email | Share | | Bookmark
wedding dinner - lyta & faizul, hotel singahsana,PJ









tahniah buat lyta & faizul..semoga ikatan yg terbina kekal utk selama-lamanya..amin

Pengantin : lyta & faizul
Lokasi : Hotel Singgahsana,PJ
Tarikh : 19 Julai 2008


sam rais
photographer/graphic designer
KL > malacca 012 365 8692

Hi Sam... Thanks a lot for taking lovely pictures for us.. The pics looks great! Luv it
Mon 4-Aug-2008 14:02
Posted by:Lita lita81@gmail.com
..yr welcome lita Tue 5-Aug-2008 10:07
Posted by:sam rais  - [Link]
Add comment


Monday, 14-Jul-2008 03:25 Email | Share | | Bookmark
reunion 5 acc 1 '94, SMKSP..laguna resort, teluk kemang PD









































sory geng tak bnyak pix yg sempat aku curik2 amek..ni je yg sempat aku upload..ada lagi pix yg lain
yg aku tak upload..malas la..buat berat je FP aku ni..kalau korang nak yg highres copy..bgtau aku nnti
aku burn kan bg korang..thnks pada aleen yg arrange dis reunion..harap tahun depan ada lg ye leen
ktorang doakan copek2 la kau dapat jodoh..or mmg dah ade..dengan tuttt he2..siap pilih lauk mlm tu same2 lagi
nasik yg aku mkan mlm tu pun ade bau2 nasik minyak

ok tq pd semu gak...moderator kan jawatan tetap aku selagi korang request aku no hal leh
handle reunion...apa nie exploitasi gambar aku....dan juga khai...
Mon 21-Jul-2008 06:29
Posted by:aleen missleen09@yahoo.com
mmg misteri & mistik akak kau nie...alih2 hang pulak kawin dulu..misteri betul Mon 21-Jul-2008 06:45
Posted by:khai rani@fsbm.com.my
mane exploitasi nye leen..kau tu yg suka enter frame Mon 21-Jul-2008 06:47
Posted by:sam rais  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Sunday, 6-Jul-2008 03:33 Email | Share | | Bookmark
jue & syah, pandan indah KL































tahniah buat syah & jue..semoga ikatan yg terbina kekal utk selama-lamanya..amin


Pengantin : syah & jue
Lokasi : Pandan Indah KL
Tarikh : 06 Julai 2008


sam rais
photographer/graphic designer
KL > malacca 012 365 8692

saya tidak bole tahan melihat gamba numbor 10 dengan gaya syah posing itu... Sun 20-Jul-2008 09:47
Posted by:suhaimi  - [Link]
Congratulation Sam!! keep up the gud work..cantik gambar2 tu.. Wed 3-Sep-2008 04:20
Posted by:yatitan yatitan@yahoo.com
thanks kak yati Thu 4-Sep-2008 01:53
Posted by:sam rais  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Sunday, 29-Jun-2008 02:39 Email | Share | | Bookmark
persandingan lan & sa, cheras KL - WILL BE UPDATE

















semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...



Pasangan : lan & sa
Lokasi : cheras KL
Tarikh : 29 Jun 2008


sam rais
photographer/graphic designer
KL > malacca 012 365 8692

Care to comment?


Saturday, 28-Jun-2008 16:50 Email | Share | | Bookmark
pertunangan arif & hazura, wangsa maju KL




Pasangan : arif & hazura
Lokasi : Wangsa Maju KL
Tarikh : 28 Jun 2008


sam rais
photographer/graphic designer
KL > malacca 012 365 8692

Care to comment?


Saturday, 28-Jun-2008 16:36 Email | Share | | Bookmark
majlis pertunangan ariff & hazura, wangsa maju KL


Care to comment?


Saturday, 21-Jun-2008 04:16 Email | Share | | Bookmark
persandingan zam & fara, Hillpark KL - WILL BE UPDATE







Pasangan : zam & fara
Lokasi : pantai Hillpark KL
Tarikh : 21 Jun 2008

Care to comment?


Saturday, 7-Jun-2008 03:07 Email | Share | | Bookmark
persandingan aidil & lina, kerinchi KL - WILL BE UPDATE








semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...


Pasangan : aidil & lina
Lokasi : kerinchi KL
Tarikh : 07 Jun 2008


sam rais
photographer/graphic designer
KL > malacca 012 365 8692

Care to comment?


Sunday, 1-Jun-2008 02:32 Email | Share | | Bookmark
pertunangan zahar & fatihah-WILL BE UPDATE






Pasangan : zahar & fatihah
Lokasi : bukit antarabangsa ampang KL
Tarikh : 1 Jun 2008


sam rais
photographer/graphic designer
KL > malacca 012 365 8692

roger aku bila balik melaka nnt.. Tue 10-Jun-2008 17:42
Posted by:apis  - [Link]
wahh! skang dah buat wedding ye? hehe.. cantik editing! dah dpt baby blm? Sun 22-Jun-2008 08:48
Posted by:Rozek  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.